Apakah Bisnes GDI?

Apakah Bisnes GDI?


GLOBAL DOMAINS INTERNATIONAL, INC

Global Domains International (GDI) adalah syarikat yang menjalankan urusniaga internet menjual nama domain dotWS (.ws). Ternyata ini barulah perniagaan internet sejati kerana urusniaga & produk sememangnya berkaitan dengan internet, malahan nama domain adalah asas kepada internet.

GDI juga yang merupakan syarikat #37 dalam Inc. 500 “List” of the USA’s 500 fastest growing private companies dan #5 in the state of California.

Ditubuhkan pada tahun 1999, GDI telah menerima pengesahan daripada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (United State Department of Commerce) sebagai pembekal tunggal domain berstatus dotWS ke seluruh dunia.

Terdapat juga beberapa buah syarikat yang besar telah pun bergabung bersama mereka, diantaranya adalah BMW, Ebay, Yahoo, Cisco System dan banyak lagi.

Sebelum ini kita telah dilanda gelombang dotCOM, maka pemilik GDI telah mencipta pilihan kedua yang lebih mudah iaitu dotWS, yang bermaksud WebSite.

Gelombang ini sudah mula melanda dunia dan jangan anda ketinggalan menyertainya. Sekarang ini lebih tiga billion orang yang boleh mengakses ke internet. Data menunjukkan bilangannya semakin bertambah berpuluh ribu setiap hari.

Hanya 1% sahaja yang mempunyai website sendiri. Dan pastinya anda berada pada masa yang betul untuk menyertai GDI diperingkat awal fenomena yang sedang melanda dunia sekarang ini.

Pakar perangkaan menyatakan bahawa pada tahun 2015 akan terdapat 500 juta domain name atau website yang akan diwujudkan.

Bayangkan berapa banyak peluang pendapatan yang anda akan perolehi dan ianya akan berterusan dan semakin bertambah.

PAKEJ PRODUK GDI

GDI hanya memperkenalkan satu pakej unggul yang mampu dimiliki oleh semua orang. Dengan hanya serendah USD10 @ RM35 sebulan, anda akan memiliki pakej yang lengkap dan hebat. Pakej ini merangkumi nama domain, tapak laman web (webhosting), template membina laman web dan akaun email anda sendiri. Dengan menjadi ahli GDI, anda sudah mempunyai peralatan asas untuk membina laman web yang profesional.

Kaedah bayaran yang diterima adalah Kad Kredit / Kad Debit / Paypal. GDI adalah perniagaan global. Transaksi kad kredit adalah paling efektif dan GDI akan menjamin keselamatan setiap transaksi.

Jika anda tidak mempunyai kad kredit atau PayPal, anda boleh mendapatkan kad debit Visa Maybank dan aktifkan "Maybank Secure Online Shopping" seperti yang diterangkan di http://www.perniagaaninternet.ws/r/ezhomebizcentral/maybank.html

1. Domain website bebas pilihan anda

Inginkan website peribadi yang memberi makna kepada anda, anda masih ada banyak pilihan dengan dot ws, contohnya seperti www.namaanda.ws, www.kedaisaya.ws, terpulang kepada anda.


2. Template Website & Website Builder

Anda turut diberi percuma template website yang telah direka secara profesional. Pelbagai pilihan template disediakan untuk menyesuaikan apa sahaja isi kandungan bakal web anda kelak.

Dengan bantuan website builder, anda mempu membuat laman web tanpa perlu belajar. Anda bakal diajar step by step bagaimana untuk membuat laman web yang baik.

3. Email Peribadi

Anda juga diberikan 10 email yang boleh digunakan untuk kegunaan peribadi. Anda juga boleh forwardkan email ini kepada email sedia ada anda.


4. Web Hosting

Anda bebas untuk menyimpan data-data untuk dimasukkan ke dalam web anda tanpa perlu berkongsi. GDI juga menyediakan service after sales yang sangat baik untuk kemudahan anda.


5. Independent Affiliate

Sebagai pengguna dotWS, anda secara automatik layak menjadi Independent Affiliate untuk mempromosikan domain dotWS dan menjana pendapatan yang sangat lumayan. Anda bakal mendapat 2 laman web replika yang boleh digunakan untuk mempromosikan Affiliate GDI anda.

http://www.freedom.ws/izo
http://www.website.ws/izo

PELUANG PERNIAGAAN GLOBAL

GDI telah merangka Pelan Pemasaran yang ringkas & lumayan. Kesemua bonus ini boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Dan mereka yang lebih rajin akan mendapat bonus-bonus tambahan mengikut pencapaian tertentu.

1) Bonus Unilevel (5 Level – 50%)

Setiap jualan yang anda taja, anda akan mendapat komisyen 10% iaitu USD1 @ RM3.50. Bukan setakat itu sahaja, GDI akan membayar anda hingga ke Level 5 dengan jumlah komisyen 50%.

Ini bermakna anda akan dibayar USD1 untuk setiap orang yang berada dalam Group Sales anda iaitu hingga Level ke 5. Lihat contoh jika setiap orang menaja 5 orang;

Contoh Pengiraan

Level 1 – 5 Affiliate x USD1 = USD5
Level 2 – 25 Affiliate x USD1 = USD25
Level 3 – 125 Affiliate x USD1 = USD125
Level 4 – 625 Affiliate x USD1 = USD625
Level 5 – 3,125 Affiliate x USD1 = USD3,125

TOTAL = USD 3,905 @ RM13,667.50

Paling menarik, anda akan terus dibayar komisyen USD1 ini pada setiap bulan selagi kesemua mereka membuat Maintenance Bulanan sebanyak USD10 untuk Pakej Produk mereka.

Contoh Bonus Unilevel

2) Bonus Referral Mingguan – USD100

Bonus Referral dikira dalam tempoh Isnin – Ahad. Anda akan mendapat komisyen tambahan USD100* sekiranya berjaya menaja 5 orang dalam masa seminggu.

*Nota :
1) Anda perlu membuat pembelian 10 DVD presentation GDI yang berharga USD30 melalui akaun GDI anda dalam minggu tersebut.
2) Anda juga perlu menulis testimoni tentang Bisnes Global GDI.
3) Bonus Referral akan dibayar melalui Paypal. Jika tiada, sila daftar di www.paypal.com/us
4) Oleh kerana kita menetap di Malaysia, GDI mengenakan cas penghantaran USD100. Untuk memastikan anda tidak rugi, taja sekurang-kurangnya 10 orang dahulu, baru anda beli DVD tersebut.

Contoh Bonus Referral

3) Bonus Heavy Hitter – USD5,000

Jika anda menaja 1,000 affiliate dalam masa 4 minggu berturut-turut, anda akan mendapat bonus tambahan sebanyak USD5,000.

4) Bonus Infinity Override (Level 6 –Infiniti)

Anda boleh mendapat Bonus Unilevel (10%) Level 6 sehingga Level Infiniti sekiranya anda berjaya mencapai sasaran berikut pada setiap bulan:

a) Menaja 10 orang affiliate di Level 1
b) 10 affiliate anda menaja 10 affiliate setiap seorang
c) Jumlah affiliate dalam Level 1 – Level 5 = 5,000 orang

Nota :
Kesemua sasaran ini perlu dicapai setiap bulan untuk membolehkan anda menerima Bonus Unilevel ini setiap bulan.

Bagaimana Untuk Mengetahui Keberkesanan Promosi Produk Anda? oleh Zamri Nanyan

Kadang-kadang anda akan terserempak dengan statistik yang dikeluarkan oleh usahawan internet tentang berapa peratusan pembeli daripada hasil promosi mereka, berapa peratusan orang yang melihat iklan dan berapa peratusan yang membuka email yang dihantar kepada orang ramai.

Sebagai contoh, 3% daripada orang yang melihat iklan anda akan menjadi pelanggan tetap anda, dan setiap pelanggan ini akan memberikan pulangan sebanyak RM100 setiap bulan. Jadi, jika anda memaparkan iklan ini kepada 100 orang, secara statistiknya, 3 orang akan membeli produk anda dan anda akan mendapat pulangan RM300. Jika anda ingin mencapai matlamat pendapatan bulanan sebanyan RM3000, anda perlu ada 30 orang pembeli. Untuk mendapatkan 30 orang pembeli, maka iklan anda perlu dipaparkan kepada 1000 prospek.

Inilah salah satu cara bagaimana usahawan internet melakukan pengesanan (atau ‘tracking’) ke atas aktiviti pengiklanan atau pemasaran mereka. Disebabkan terlalu banyak cara pemasaran di internet, anda mungkin melakukan kebanyakan daripada aktiviti pemasaran yang anda tahu - seperti membeli iklan “banner”, membeli iklan “teks”, meletakkan “signature file” di forum dan sebagainya. Namun, tahukah anda aktiviti pemasaran yang manakah yang memberikan hasil atau pulangan yang memberansangkan?

Jika pemasaran yang anda lakukan tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang wang, mungkin anda cuma kerugian masa mengiklankan produk anda. Tetapi jika anda mengeluarkan wang untuk melakukan promosi, ini bermakna anda perlu tahu pada tahap manakah anda akan mendapat untung dengan setiap modal yang dikeluarkan. Ini juga apa yang disebut sebagai “Returns On Investments” (ROI atau Pulangan dari pelaburan). Jika tersilap langkah, anda akan sentiasa kerugian di dalam pengiklanan produk anda.

Walaupun aktiviti menjejak keberkesanan promosi produk anda ini jarang ditekankan sangat di awal pembabitan anda di dalam memulakan bisnes internet anda, ada sesetengah model bisnes internet ini memerlukan anda melakukannya sebaik sahaja anda memulakannya.

Sebagai contoh, mempromosikan produk anda dengan menggunakan Google Adwords (Pay-Per-Click) sudah semestinya memerlukan anda mengetahui berapa yang anda boleh laburkan sebelum anda kerugian. Begitu juga sekiranya fokus anda ialah mempromosikan produk orang lain di mana keseluruhan aktiviti anda adalah dengan melakukan pemasaran (seperti pemasaran affiliate dan pemasaran program multi-level marketing).

Mungkin tidak kesemua program internet yang anda promosikan membolehkan anda melakukan “tracking” yang terperinci seperti dari negara manakah prospek anda datang, pada pukul berapakah trafik meningkat dengan mendadak dan siapakah pembeli anda. Namun, masih ada lagi statistik yang anda boleh kumpul seperti berapa klik yang anda perlu dapat untuk menghasilkan satu jualan.

Ringkasnya, anda perlu jejak keberkesanan pemasaran yang anda lakukan. Jika tidak, anda akan menjalankan bisnes anda di dalam gelap dan anda tidak tahu ke mana arah tuju anda.

Bagaimana untuk melakukan “tracking”?

Ya, saya sudah 100% pasti yang ayat di atas adalah soalan anda seterusnya. Jangan risau, saya akan berikan anda beberapa sumber di mana anda boleh menggunakannya untuk tujuan “tracking” di dalam bisnes anda.

Terdapat beberapa sumber yang saya gunakan untuk tujuan menjejak keberkesanan iklan dan anda juga boleh jadikan sumber ini sebagai panduan untuk anda mulakan “tracking” anda.

1. HyperTraker

Servis ini merupakan servis berbayar di mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini adalah syarikat yang sama yang memberikan anda servis autoresponder “GetResponse”. Jadi, anda boleh yakin dengan servis yang disediakan oleh mereka.

Dengan menggunakan servis HyperTracker, anda boleh mengesan berapa klik yang anda perolehi daripada promosi anda, berapa peratusan orang yang mengambil tindakan daripada tawaran anda dan berapa orang yang membeli produk anda.

HyperTracker merupakan salah satu servis yang mendapat kepercayaan ramai usahawan internet yang telah menggunakan servis mereka dan saya adalah salah seorang daripadanya. Apa yang saya suka tentang HyperTracker ialah betapa mudahnya untuk memasang kempen dan melihat statistik trafik yang dilaporkan di dalam ruangan ahli.

Servis ini memerlukan anda membayar setiap bulan di mana kosnya ialah $19.95 dan anda boleh mendapatkan servis HyperTracker ini di http://www.bisnesdigital.com/hypertracker

Cara menggunakan servis ini adalah mudah. Anda log masuk ke dalam bahagian ahli dan cipta kempen pengiklanan anda. Anda boleh letakkan pautan (link) yang anda ingin jejak keberkesanannya dan gunakan link yang anda hasilkan di dalam laman web HyperTracker ini untuk diberikan kepada orang ramai atau untuk diletakkan di dalam laman web atau blog yang anda iklankan.

2. Google Analytics

Google AnalyticsServis daripada Google Analytics pula membolehkan anda mengetahui statistik trafik ke laman web anda. Dengan servis ini, analisa seperti laporan trafik ke laman web anda seperti dari mana pelawat anda datang, bagaimana mereka menggunakan laman web anda, apa yang membuatkan mereka menjadi pelanggan anda dan bermacam-macam lagi dapat diperolehi.

Servis ini asalnya dimiliki oleh syarikat Urchin Software Corporation dan dibeli oleh Google pada April 2005. Untuk pengetahuan anda, perisian yang dahulunya memerlukan anda membayar untuk servis sebegini sekarang adalah percuma.

Anda boleh dapatkan servis ini daripada Google di http://www.google.com/analytics

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Google Analytics memberlukan anda meletakkan kod “tracking” di laman web anda sebelum anda boleh menggunakannya.

Caranya ialah anda lakukan pendaftaran di laman web di atas, bina “website profile” untuk laman web anda dan dapatkan kod pengesanan sebelum anda masukkan ke dalam laman web anda.

Kesimpulannya, servis “tracking” ini adalah satu keperluan untuk usahawan internet menjejaki keberkesanan promosi dan pemasaran mereka. Dua sumber yang saya berikan di atas adalah sebagai permulaan untuk anda mengesan keberkesanan aktiviti laman web anda. Memang terdapat pelbagai lagi servis yang menawarkan perisian sebegini dan ada di antaranya adalah percuma.

Sekiranya anda bercadang untuk menggunakan servis percuma, berhati-hatilah kerana apabila anda menggunakan servis percuma, ada keburukannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, jika servis yang ditawarkan datangnya daripada syarikat besar seperti Google, saya rasa anda tidak perlu risau dengan masalah yang sering timbul seperti kehilangan akaun, kegagalan perisian dan sebagainya.

Yang penting, melakukan “tracking” adalah salah satu perkara yang mustahak untuk anda lakukan.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.

===============================================

Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai” oleh Zamri Nanyan

Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.

Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung. Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.

Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka.

Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa.

Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?

Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.

Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet oleh Zamri Nanyan

3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.